Wednesday, April 2, 2014

GST..korang faham ke tak?

GST..
ya..majoriti mengaku faham apa itu GST.. *duh*
"GST tu apa bang?" satu pertanyaan mudah pada salah seorang yang 'guling-guling' atas jalanraya tempoh hari.."GST tu Government Service Tax.." jawabnya dengan muka penuh yakin..agaknya 864735% yakin...

...aku rasa macam nak tampar je muka mamat tu...

...terus aku rasa malas nak explain apa itu GST..
aku ni bukan lah peminat mana-mana parti politik sebenarnya...tapi bila bagi jawapan macam %&*$#..aku jadi meluat....abih tu? apa motif korang membangkang sebenarnya???

so aku copy & paste je lah dari portal Penerangan 1Malaysia...harap korang faham..


Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggerisnya Goods and Services Tax (bukan Government Service Tax ye bang oiii...) adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.
pic ni takde kena mengena dengan tajuk ni...
saja aku letak untuk korang cuci mata..
aku tahu korang malas nak baca artikel panjang-panjang ni...

so..apa kelebihannya pada kita rakyat marhain ni?

Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST lebih rendah iaitu 6% (enam peratus sahaja..!!) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 % dan 6 %. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GST adalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan.

Kesimpulannya....kita dok bayar harga lebih mahal dengan SST...tu yang terbeliak bijik mata bila dapat bil kat restoran...16%..masa aku kat Nepal..23%..lagi best... :P

Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun, cukai yang dibayar itu terutama cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung dalam harga bayaran.

Apabila GST dilaksanakan beban cukai ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GST kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

Kajian mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan sebanyak 8 hingga 10 %. Kerajaan juga yakin dengan penubuhan jawatankuasa pemantau dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerajaan juga dari semasa ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat.

Kerajaan pula menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.


-seperti yang diterangkan oleh Mohd Ayop-


it's a win-win situation between us and the government...jadi..faham ke tak sekarang? kalau tak juga..memang otak ko bebal sangat..dan aku tak hairan kenapa ko suka jadi lembu atau anak-anak babi hutan yang menonong menurut perintah orang tertentu tanpa usul periksa...



err..jalan kat area rumah aku tak rata..pi la guling-guling kat situ...

No comments: